Assalammualaikum & selamat sejahtera
Apa khabar awda pada malam ini? semoga akan berkeadaan sehat senantiasa.
Kali ini aku ingin keutarakan satu isu mengenai bab saman kenderaan yang di ubahsuai. Gambar rajah di bawah aku ambil dari google. Agaknya show car di malaysia.
Apa yang aku suarakan ini memang terjadi di Negara Brunei Darussalam. Tajuk aku pun seperti satu bantahan.... sebenar nya tidak... itu bukan bantahan tapi ianya satu pandangan, yang mungkin boleh membuka minda atau mengubah atur cara undang-undang kawalan lalu lintas.
Dari zaman aku kanak-kanak sehingga lah zaman dewasa hari ini peminat kereta yang di ubahsuai sama sekali tidak pernah berkurang. Dari jenerasi ke jenerasi peminat kenderaan sport yang di ubahsuai akan semakin ramai. Kerana bertambahnya rakyat dalam negara ini.
Setiap kali aku bertemu dengan kawan-kawan lama yang masih meminati kenderaan di ubahsuai ini.. Tidak lain dan tidak bukan apabila malam menjelang atau waktu-waktu operasi sekatan jalan raya akan di jalan kan. Mereka takut jika terkena nasib buruk sudah pasti akan bertemu dengan Pihak berkuasa yang sedang menjalan kan sekatan jalan raya bagi membuat pemeriksaan kenderaan dan lesen memandu yang sah.
Kalau di Brunei selalunya kenderaan akan di rendahkan, tayar di nipis, rem lebar... ada juga yang berminat memasang tinta cermin gelap. Mereka ini adalah peminat kenderaan sport dengan exzos yang besar ada bunyi bising memekak kan telinga. Mereka beli dan tiba-tiba nasib malang menimpa di tahan dapat surat saman. Biasa nya saman kenderaan seperti ini paling rendah BND300.00 bagi kesalahan pertama. Ada juga yang kena BND1,000.00.... kalau tidak terbayar??? makan bubur kacang laaa jawap nya satu bulan dalam sangkar besi.
Dalam bab ini adakah peminat-peminat kenderaan tersebut dalam kategori menyalahi undang-undang di bawah akta kawalan lalu lintas??? Kalau pandangan aku secara peribadi ia adalah satu kesalahan sebab dalam peraturan negara itu adalah kesalahan... jadi aku pun katakan itu kesalahan... setiap mereka yang terkena malang tidak berbau ini sudah semestinya akan ada satu ungkapan terdengar dari individu lain "mengapa tah ko modified kereta atu...nah akhir nya tekandung RB kana saman"....
Pihak berwajib memberikan nota putih tersebut kerana menjalan kan tugas yang di amanahkan. Kadang-kadang mereka sendiri pun memiliki kenderaan yang sama dan terfikir juga kalau situasi tersebut adalah dirinya. Dalam hal ini siapa yang salah??? adakah pemilik kenderaan??? atau pihak berwajib??? atau ada kekeliruan semasa menyimpan peraturan tersebut dalam bab akta kawalan lalu lintas??? Yaaa boleh jadi akta tersebut belum dikemaskini. Ini adalah kenyataan berkemungkinan..
Aku buat artikel untuk meminta jawapan sahaja. sebab aku bukan peminat kereta sport atau kereta yang jenis di ubahsuai. Dalam jangka satu masa yang cukup panjang, pada tahun 2009 aku memikir mengenai perkara ini. Agak ganjil... dan sangat menghairan kan diri ku... aku tidak tahu laaa pada individu lain... mengapa aku hairan??? Di bawah aku terangkan mengapa...aku hairan..
pertama kenderaan di beli dan bayaran bulanan memang pemilik punya tanggungan.
kedua cukai jalan semua pemilik kenderaan di mestikan bayar
Ketiga kenderaan di rancang untuk naik taraf menjadi sport
perkara pertama dan kedua itu adalah nyata manakala perkara ketiga itu adalah tambahan aku sahaja
setelah kenderaan di naik taraf beli tayar, beli rem, bagi ganas muka depan dengan bodykits, spring sport rendah ada bunyi ekzossss broooooooooommmm!!!!!
Tiba-tiba kena saman.... yang kena saman bukan semua...hanya pemilik kenderaan yang kebetulan pada hari tersebut bernasib malang dengan pujukan kenderaan sport tadi akhirnya menyerah lah ia di depan sekatan jalan raya....pada waktu itu ada pemeriksaan di buat oleh pihak berkuasa.
sambungan
Keempat darimana kah punca yang menjadi kesalahan menggunakan kenderaan ubahsuai ini?
Kelima jika pengubahsuaian ini menjadi satu kesalahan makna nya penulis akta ini sebenarnya amat bersalah...dan harus menerima apa juga balasan setimpal...
Keenam tidak wajar dan tidak adil jika saman adalah cara untuk mendenda mereka...
Ketujuh saman yang di kenakan tidak rata, sebab semasa sekatan jalan raya di buat, tidak semua akan lalu jalan yang sama....
Kelapan kenderaan seperti ini di iktiraf selamat sebab pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan jika ada jalan yang tidak rata.
Mengapa aku katakan penulis akta ini juga bersalah??? sebab adanya penjualan aksesoris untuk mengubahsuai kenderaan. Jika sudah tersebut dalam akta kesalahan kenapa ada aksesoris-aksesoris untuk mengubahsuai kenderaan ini terjual melambak di kedai-kedai.Bagus tidak di wujudkan sebab akan menjadikan kerugian besar kepada pemilik kenderaan tersebut.
Apa kata akta tersebut di ganti dengan satu akta baru yang lebih relevan dan menguntungkan...
Jangan marah kepada yang berkenaan sebab kita perlu buat satu pembaharuan yang boleh menjadi sumber negara dan menjadikan warga negara mula biasa dengan perubahan baru.
Saman tidak semua kena sebab ada yang sempat melarikan diri.
Cuba kalau kenderaan seperti ini di luluskan dengan syarat khas..
Bahawa dengan di maklumkan semua kenderaan sudah boleh di ubahsuai mengikut selera masing-masing...tetapi harus membayar cukai khas bagi kelulusan pengubahsuaian tersebut..
(contoh sahaja)
1. Pemasangan Tinta Gelap Satu Kenderaan Jenis Saloon $5.00 Satu Tahun
2. Pemasangan Rem Sport $3.00 setiap satu untuk setahun
3. Tayar tipis $2.00 setiap satu untuk setahun
4. Ekzos $10.00 setiap satu untuk satu tahun
5.Pengubahsuaian spring $5.00 setiap satu untuk satu tahun
Itu contoh sahaja sebab bahagian akta undang-undang lebih arif dan tahu tentang bab ini
sekarang kita cuba buat kiraan setahun $45.00 untuk sebuah kenderaan
berapa banyak kenderaan di Brunei??? tidak perlu saman sebab sudah adil semua perlu buat bayaran tahunan. Itu cuma kiraan kasar kalau di teliti lebih dalam mungkin menyecah BND80.00 satu tahun. Dengan sendiri nya adalah yang berhenti guna kereta sport... tapi mereka gunakan go kart pula di jalanan... itulah kehidupan hilang satu hal datang satu hal...
Dalam dunia ini undang-undang memang sering tidak di ikuti,
Dan undang-undang tidak akan pernah minta untuk di patuhi,
Kerana undang-undang itu adalah satu rekaan untuk mendisplinkan diri,
Inilah hakikat nya bila hidup di atas muka bumi ini...
Wassalam dari aku si otak keromok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan