Catatan Popular

Keutamaan Strategi Plan Pelaburan

Apabila telah menceburi dalam sebuah dunia usahawan sudah pastinya pihak lembaga pengarah akan mengatur strategi pengukuhan kewangan syarikat. Mereka akan mencari idea bagaimana cara untuk menambah nilai kewangan yang memang sudah tersedia itu di lipat ganda kan secepat mungkin, agar dapat merebut peluang untuk mendapatkan projek-projek yang lebih besar.

Salah satu strategi yang akan di lakukan bagi menambah nilai kewangan syarikat dengan membuka kan pelaburan. Seringkali asas pelaburan akan di gunakan untuk mengatur strategi pertama bagi menambah nilai kewangan syarikat. Penjualan syer akan mula di atur bagi menambah ahli-ahli pemegang syer dalam syarikat.

Sepanjang aku menjalankan kajian mengenai pelaburan ke dalam sesebuah syarikat ini, soalan rasmi yang sering muncul dari individu pembangkang..... "mengapa syarikat ini membukakan penjualan syer? tidak ada bajet mungkin syarikat ini?". Persoalan ini menjadikan aku berminat untuk menerus kan kegiatan aktiviti yang sering aku buat, iaitu menganalisa sesuatu persoalan yang berligar di otak ku.

Benarkah syarikat yang membukakan penjualan syer tidak punya bajet yang kukuh? atau mereka ingin menambah kan lagi kekukuhan kewangan syarikat?

Aku mula meneliti syarikat-syarikat besar dan juga membaca artikel-artikel yang ada di blog bagi melengkap kan jawapan soalan-soalan rasmi individu pembangkang tersebut. Ternyata sepanjang aku membuat pencarian satu jawapan dari sebuah persoalan berakhir dengan dua jawapan.

1. Syarikat baru bermula dan ia boleh membukakan syer pada yang berminat (sdn bhd).
2. Syarikat yang sudah besar dan kukuh tapi membukakan syer bagi mendapatkan projek lebih besar.

Pada pandangan secara peribadi, orang-orang yang membukakan peluang perkongsian pelaburan dengan membukakan syer dalam syarikat bukanlah sebarangan orang. Mereka ini sudah sedia menghadapi bakal risiko yang akan di tanggung jika terjadi kerugian dan berkemungkinan risiko rugi telah di analisa dalam purata 30% had paling teruk.

Bermakna dari apa yang dapat kita perhatikan pelaburan dalam hal syer syarikat bukanlah berpunca sebab tidak ada kewangan. Jika tiada kewangan maka tidaklah mereka dapat mewujud kan syarikat yang beriktiraf sdn bhd. Orang-orang ini memang berkaliber tinggi dan mantap dalam mengatur strategi pelaburan. Sehingga di beri kepercayaan dalam menjalankan wang yang terkumpul dari hasil penjualan syer.

Kita harus mengetahui sistem pelaburan dengan cara penjualan syer adalah asas pelaburan yang telah di guna pakai mungkin beribu-ribu tahun dahulu. Kerana asas ini lah yang di panggil perkongsian perniagaan. Zaman berlalu asas ini semakin di lupakan dan orang masa ini lebih fokus kepada sistem pelaburan cepat dapat hasil, yang mana ada pelaburan bernila DND10.00 boleh menjanjikan sehingga ribuan ringgit tanpa menjual sebarang produk. Betul kah dengan nilai pelaburan tanpa buat apa-apa boleh dapat nilai ribuan ringgit dalam masa satu bulan? itu satu dusta yang nyata!

Kepada para pembaca yang ingin membuka syarikat sdn bhd ada baiknya mempunyai pemegang syer yang ramai dan nama pemegang syer ini akan tersimpan selama mana yang di khususkan seperti dalam perjanjian. Kerana jika mempunyai banyak syer maka banyaklah buah fikiran. Tiang utama dalam syarikat yang akan mengawal semua pemegang syer ini.

Ingat untuk membuat plan perancangan pelaburan ini juga perlu memakan masa bagi meneliti isi pembahagian dan penjualan syer itu nanti. Sama ada ianya berbaloi atau tidak. Untuk mengatur strategi plan pelaburan kita haruslah tahu apakah projek yang akan di buat ini boleh berjalan lancar dan berapakah hasil akan di perolehi dalam tempoh satu tahun. Kerana pemegang syer akan menerima hasil syer mereka setiap genap satu tahun.

Strategi plan pelaburan ini juga ada bermacam jenis cara untuk mengaturkan penjualan setiap lot syer yang di bukakan. Untuk mengatur satu plan pelaburan yang terbaik bagi ahli pakar akan memakan masa sehingga 1 bulan hingga ke 3 bulan. Sebab itulah jika di luar negara tidak hairan ahli-ahli yang membuat kertas kerja strategi plan pelaburan ini kebanyakan sudah menjadi jutawan.

satu nilai kertas kerja strategi pelaburan sudah menyecah sehingga puluhan ribu harga minima manakala bagi harha maksima ia kan menyecah sehingga puluhan juta. Mengikut kemampuan individu yang membuat tempahan strategi plan pelaburan tersebut. Paling minima pun rata-rata Usd10,000.00.

Jadi setakat ini sahaja dulu perkongsian dari diriku yang masih terus membuat analisa dan kajian tentang dunia pemasaran dan pelaburan.

sekian terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan