Wahai isteri ku,
Masih ingat kah di kau saat pertama kali kita bertemu dulu?,
Aku tahu kau tak kan pernah lupa saat detik pertemuan kita pada waktu itu,
Di saat rasa kasih mula bersemi di kalbu,
Di saat rasa sayang mula tersemai untuk bersatu,
Satu pertemuan yang tidak pernah kita sangka tenyata tercipta nya dua hati menjadi satu,
Hubungan kita tidak semudah hujan turun membasahi bumi,
Tohmahan & hinaan rela kau tahan demi mempertahankan aku,
Sindiran sinis menerjah pendengaran mu hanya kau tepis dengan kepuraan tidak mendegar nya,
Kau mempertahankan diriku kerana kasih sayang mu sudah mula berputik di rangkaian hati,
Kau tidak peduli apa pun yang akan terjadi asalkan aku tidak di hina dan di caci,
Aku sedari akan semua yang telah kau lakukan ini,
Bukan hanya sekadar mempertahan kan seorang insan yang kau kasihi,
Tapi kerana aku yatim hidup sendiri tanpa sesiapa pun yang hadir di sisi,
Aku tahu di hati mu menahan beban yang tak mungkin dapat di tanggung kesakitan nya,
Hanya dirimu saja yang tahu bagaimana peritnya kau menghadapi semua dugaan ini,
Pengorbanan mu tidak sia-sia,
Akhir nya Allah izin kan kita untuk bersatu sehingga hari ini,
Wahai isteri ku,
Aku tidak pandai bagaimana menunjukkan rasa kasih sayang ku dengan perkataan,
Aku juga tidak pandai menggunakan ayat-ayat indah untuk menzahirkan sebuah kebahagiaan,
Apa yang aku mampu hanyalah menulis coretan demi coretan,
Agar kau tahu apa yang tersirat dan tersembunyi pada sekeping hati yang ku miliki,
Ia tak akan wujud tanpa ada nya diri mu menjadi pasangan ku di dunia ini,
Dua keping hati ini,
Yang aku dan kau miliki,
Pasti akan bertemu di dunia ini,
Kerana ia memang tercipta sebagai pendamping di kala sepi,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan