Catatan Popular

Kekuatan Plan Pemasaran

Membuat pilihan dalam bidang keusahawanan adalah satu langkah yang amat bijak. Apatah lagi orang yang akan memulakan usaha ini punya modal (keuwangan yang kukuh)  dan punya daya fikiran yang kreatif (bijaksana). Tidak semua orang yang punya modal untuk buka perniagaan itu punya kecerdikan dan tidak semua orang yang punya kecerdikan itu punya modal. Jika seseorang itu di takdirkan punya modal dan kecerdikan serta kebijaksanaan, maka ini lah manusia yang sangat beruntung kerana telah di anugerahkan keistimewaan dalam hidupnya.

Rasulullah S.A.W dalam perjalanan hidup baginda juga merupakan seorang usahawan. Baginda menjalankan perniagaan-perniagaan yang di miliki oleh seorang wanita kaya pada waktu itu, dan wanita inilah yang pertama-tama sekali mendukung baginda setelah di angkat kerasulan nya. Dialah saidatina khadijah r.a. Lagipun telah di nyatakan keuntungan paling besar adalah berniaga ianya meliputi 9/10 daripada hasil yang lain. Hanya 1% sahaja di berikan untuk bab penghasilan selain berniaga. Tapi kenyataan nya apapun perniagaan yang di jalankan sama ada halal mahupun yang haram, jika di kaji memang sahih 9/10. Sebab dalam penyataan hadith tersebut hanya memaklumkan perniagaan tapi tidak di sebut halal dan haram.

Baginda rasulullah sengaja tidak mengisukan perkataan halal dan haram di dalam menyatakan keuntungan 9/10 tersebut, kerana baginda mahu agar kita terus berfikir. Jika perniagaan boleh mencapai keuntungan 9/10 makna nya sudah cukup untuk tidak berkerja sama orang lain. Apakah maksud nya begitu? bukan itu yang di maksudkan baginda. Tetapi satu persoalan yang akan muncul dalam kepala kita sendiri dan jawapan nya pun kita sendiri.

Berniaga 9/10 maka kita buat halal....
wow untung betul! tapi kita cuba terbalikan..
buat yang haram wow! 9/10 daripada yang halal bermakna berapa bedanya?
18/20 jadinya... yang haram itu memang sudah di takdirkan untung berlipat ganda tapi terima saja lah akibatnya nanti...


Baiklah berbalik kepada tajuk asal kita " Kekuatan Plan Pemasaran". Ini adalah sistem dan kondisi pada masa ini. Aku sendiri merasa hairan mengapa perlu satu sistem plan pemasaran yang agak pelik- pelik pada masa ini??? adakah sebab kita berada di zaman yang pelik??? tetapi sepelik mana pun plan yang di reka jawapan tetap sama 1+1 : 2, 2+2 : 4. Tiada bezakan??

Di bawah ini contoh plan-plan pemasaran yang aku dapat dari google juga. Jadi kepada pemilik plan pemasaran ini aku mohon izin untuk menjadikan contoh sahaja.

Contoh Plan Pemasaran 1

Apabila di perhatikan gambar rajah tersebut ini adalah salah satu plan pemasaran sebuah perniagaan yang tidak aku ketahui apa produk nya. Untuk pengetahuan para pembaca, tidak semua orang mampu untuk membuat plan perancangan pemasaran. Bagi orang yang mampu membuat plan pemasaran ini otak mereka boleh di katakan dalam tahap cerdik! atau orang putih nya Genius!

Nampak seperti mudah tetapi apabila kita mula untuk merancang sesebuah plan pemasaran ianya akan mempunyai banyak cabang pecahan. Buka semudah kita menulis huruh A sehingga Z. Untuk menjadikan ia terlaksana sebagai plan pemasaran kita perlu ikuti urutan di bawah ini : 

1. Produk
2. Strategi plan pemasaran
3. Susunan Harga Produk
4. Pecahan peratus setiap produk
5. Pecahan pack (jika ingin ada pack)
6. Strategi penggerak pasaran
7. Plan pemasaran trial
8. Plan pemasaran sebanar
9. Pemasaran 

Ia nampak berbelit-belit sebenarnya cuma satu tujuan untuk menarik minat pelanggan yang melihat sistem perjalanan plan pemasaran tersebut. Plan pemasaran seperti di atas tidak semua orang memahaminya hanya sebilangan sahaja. Terutama sekali pakar-pakar multi level mereka kan cepat memahami sistem perjalanan tersebut.




Plan Pemasaran 2 Keuntungan

Setiap plan pemasaran yang di rancang sudah pastinya akan ada plan keuntungan akan di pertonton kan untuk para pelanggan. Tetapi keuntungan itu hanya akan tercapai apabila kita di tahap yang tertera pada gambar rajah tersebut. 

Mengapakah plan pemasaran sebegini menjadi pilihan pada zaman ini??? bukankah ada sesetengah plan pemasaran yang menjanjikan dengan cuma bermodalkan bnd30 akan dapat hasil sehingga berlipat kali ganda atau bnd300 minima dan maksima boleh mencapai ribuan ringgit.

Mengapa tidak mahu ceburi diri dalam plan pemasaran lama??? yang tidak pernah pun membuat kepala kita pening! sediakan wang untuk join lepas itu leburkan dalam syarikat yang ada membukakan pembelian syer. lagi senang.

Walau bagaimana pun strategi pemasaran dalam dunia perniagaan pada masa ini adalah sangat penting. Jika tidak ada strategi yang kuat maka produk yang akan di pasarkan cuma di pandang dengan mata hati. Teruskan usaha terutama sekali kepada pakar-pakar perancang strategi plan pemasaran.

sekian daripada diriku 
Otak Kromok





Tiada ulasan:

Catat Ulasan