Dalam kehidupan ini sudah pastinya ada perkara yang tidak boleh untuk di lupakan sehingga menjadikan kita lebih berfikiran dewasa dan matang melalui ranjau-ranjau kehidupan. Pahit manis, Suka duka, Onak Duri dalam sebuah kehidupan itu hanya akan dapat di rasai oleh diri kita sendiri. Macam mana seronok dan gembira perjalanan kehidupan yang kita nikmati namun ianya tidak akan dapat di kongsikan rasa pengalaman tersebut. Begitu juga perjalanan hidup yang penuh dengan kesengsaraan kesakitan kepahitan kedukaan....ianya hanya akan dapat di rasai oleh diri kita sendiri. Tidak akan dapat di kongsi pengalaman itu dengan perjalanan yang sama. Cuma perkongsia akan tertera melalui penyampaian berbentuk lisan atau tulisan.
Inilah hakikat nya pegalaman itu lebih bernilai dari segulungan ijazah. Seorang guru sewaktu masih bergelar pelajar dia hanya menimba ilmu yang harus di tuntut bagi menjadikan ia seorang guru yang boleh menyampaikan kepada penuntut sekolah. Tetapi ia belum menghadapi sebuah perjalanan yang akan terbentuk menjadi pengalaman dalam menghadapi pelajar sekolah. Setelah tamat dalam tempoh untuk mencapai segulungan ijazah dengan pengiktirafan ia adalah seorang guru yang terdaftar maka tibalah masanya sebuah perjalanan pengalaman akan terbentuk menjadi dairi hayat hidup.
Inilah dia pengalaman.... satu-satu nya yang tidak dapat di nilai dengan hanya sebuah perkongsian... kerana perjalanan pengalaman dalam setiap kehidupan itu cuma di rasai oleh pemilik jasad itu sendiri. Walau kita tinggal dalam satu rumah pengalaman tetap akan berbeda. Pengalaman itu akan sendirinya terbentuk menjadi sebuah dairi hayat dan akan jadi ilmu bagi mereka yang tahu untuk meneliti penempuhan perjalanan pengalaman tersebut. Beruntung lah orang yang punya ilmu dan melalui pengalaman hidup. Ini lagi hebat sebab mereka punya dua-dua sekali.
Sebab itulah kita di galakkan untuk mempelajari sesuatu itu dari para pujangga. Kerana perjalanan hidup yang mereka tempuhi sudah sangat jauh sebelum kita. Kita hanya boleh berkongsi dengan bentuk lisan dan tulisan tapi kita tidak akan dapat merasai perkongsian nyata dalam perjalanan sebuah kehidupan yang menjadi dairi hayat sebagai pengalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan