Catatan Popular

Khamis, 3 Disember 2015

Kenali Negara Brunei Darussalam

Assalammualaikum,
Kepada para pembaca yang budiman, di kesempatan ini aku ingin memohon kemaafan kerana blog ini sudah lama tidak di update. Baik lah kali ini aku ingin mengenalkan negara kelahiran ku iaitu Brunei Darussalam.

Aku di lahirkan pada tahun Brunei Darussalam merdeka iaitu pada 1984. Cuma bulan kelahiran dan tarikh saja tidak sama dengan hari kemerdekaan. Alhamdulillah dari segi suasana ,Brunei adalah sebuah negara yang boleh di berikan carta antara 10 buah negara yang tenang dan damai. Walaupun tiada pusat hiburan di sini tapi kami selaku penduduk yang menetap dalam negara Brunei Darussalam merasa amat selesa. Berkemungkinan kami sudah biasa dengan situasi seperti ini.

Bagi yang ingin mengetahui panji-panji negara Brunei Darussalam sila perhatikan ganbar di bawah ini :-


Negara Brunei Darussalam ini di pimpin dengan daulat seorang raja. Aku salah seorang rakyat negara ini merasa bersyukur kerana telah lahir dalam sebuah negara yang mempunyai pemimpin berjiwa rakyat. Apa kata jika aku di lahir dalam sebuah negara yang mempunyai pemerintahan kuku besi?
berkemungkinan aku tidak akan sempat untuk meneruskan perjalanan kehidupan waktu ini.



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddien Waddaulah, Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Bagindalah Raja Tempat Kami Bernaung Selaku Rakyat Di Negara Brunei Darussalam. Bapa kepada semua rakyat. Tempat bergantung nya sebarang aduan keadaan suka duka rakyat di sini.

Baginda amat mementingkan keamanan dan keharmonian negara serta kesahjeteraan rakyat. Baginda sama sekali tidak mahu terjadinya sebarang huru-hara, apatah lagi  kekacauan yang boleh mengakibat kan kerosakan harta benda dan kehilangan bilangan jiwa yang tidak berdosa. Kerana itulah baginda amat di kasihi oleh sekalian rakyat di Negara Brunei Darussalam. Baginda juga sangat peka dalam pentadbiran negara termasuk lah dalam hal ehwal jabatan-jabatan kerajaan. Baginda sangat tegas dalam mengambil tindakan jika adanya sebarang penyelewengan. Apatah lagi penyelewengan itu boleh menyusahkan sekalian rakyat. Maka kemurkaan baginda pasti akan jelas kelihatan dengan raut wajah kehampaan kerana adanya manusia-manusia yang sanggup mengambil kesempatan untuk menindas mereka yang tidak berdaya.




Ketika Baginda Bertitah Untuk Menjalankan Hukum Hudud Di Negara Brunei Darussalam

Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam sebenarnya adalah seorang yang sangat peramah. Cuma apabila baginda menegur untuk memulakan tutur bicara kita selaku seorang rakyat merasa amat segan dan seakan lidah menjadi kelu. Baginda pemimpin negara iaitu amirul mukminin dan diri ini cuma seorang rakyat biasa yang cuma mampu bersua muka di kaca tv. Jika nasib baik akan bertemu di waktu baginda sedang bersholat jumat. Tapi yang pastinya jika ingin bersua secara berdepanan dengan baginda sila lah kunjungi di waktu menjelang nya syawal. Hari raya kedua, ketiga dan ke empat. Waktu ini baginda akan menerima kunjungan daripada rakyat jelata. Kita akan dapat bersalaman dan terus menatap wajah baginda yang sentiasa tersenyum mesra jika bersama rakyat. Senyuman baginda sangat jelas menggambarkan sebuah kegembiraan kerana kesudian rakyat jelata menjunjung ziarah baginda. 


Aku selaku penulis blog ini jika di berikan kesempatan untuk bersua muka dengan baginda dan di izinkan untuk memberikan beberapa cadangan maka sangat lah diri ini berbesar hati. Pertama sekali aku akan keutarakan terlebih dahulu impian baginda agar sifar kefakiran dan kemiskinan di negara ini dan apakah jalan penyelesaian nya? inilah yang akan aku jelaskan bagaimana merubah perekonomian rakyat yang di kategorikan masih dalam keadaan terumbang-ambing.

Kedua baginda mahukan pelancung dari luar negara akan bertambah untuk datang dari tahun ke tahun. Ini juga akan aku dukung sepenuhnya dan bagaimana kah cara untuk menarik pelancung ke negara ini? jika 10 ribu tahun ini boleh kah 3 tahun kemudian menyecah 100 ribu orang?

Ketiga baginda mahu agar kurang nya pengangguran apatah lagi lepasan-lepasan siswazah kadang-kadang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun bagi mendapatkan jawatan selayak nya. Ini juga perlu kita dukung sebab ini perkara yang baik. Jelas sekali baginda tidak mahu mensia-siakan masa anak-anak muda yang belajar tinggi-tinggi tapi terpaksa menjadi penganggur sehingga bertahun-tahun. Bukan kah ini akan menjadi sia-sia kerana ilmu mereka tidak di gunakan. Mereka juga mempunyai kepakaran melalui jurusan yang telah di ijazahkan. Bagaimana kah cara mengatasi masalah ini? 

Semua persoalan ini akan boleh di jawab jika di lalui dengan sebuah pengalaman. Kerana nilai sebuah pengalaman itu tidak boleh di nilai ganti dengan segulungan ijazah. walau orang itu buta huruf sekalipun jika ia melalui pengalaman pahit getir dalam kehidupan sudah pasti ini akan menjadi satu ilmu yang nyata.

Mohon Ampun Beribu Ampun Sembah Patik Harap Di Ampun
Semoga Risalah Hamba Duli Tuan Patik Ini Tidak Akan Mendatangkan Sebarang Kemurkaan Duli Tuanku,
Kerana Hamba Duli Tuan Patik Tidaklah Pandai Untuk Menggunakan Bahasa Dalaman Istana,
Mohon Ampun Beribu Ampun
Hamba Duli Tuan Patik Selaku Rakyat Jati Negara Brunei Darussalam ini hanya ingin berkongsi dan ingin memberikan pandangan,
Perkara ini telahpun di kaji dan di teliti secara mendalam dan jalan penyelesaian apakah yang patut di gunakan.

Sekian Risalah 
Hamba Duli Tuan Patik 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan