Catatan Popular

Selasa, 8 Disember 2015

Penipu Lebih Di Percayai


Contoh Wang 


Hari ini apabila kita perhatikan macam-macam ruang peluang untuk kita menjadi seorang usahawan yang berjaya (konon-konon nya). Dengan cuma bermodalkan BND30 atau BND100 kita akan menjana pendapatan paling rendah sebanyak BND300 setiap bulan, manakala maksima pula tergantung kerajinan kita.

Percaya kah awda dengan perniagaan internet jenis ini? tidak perlu jual produk dapat untung? tidak perlu cari orang pun dapat untung? tapi mengapa ada startegi pemasaran yang di jalan kan? jika perniagaan yang boleh untung tanpa sebarang produk atau cari orang maka tidak perlu lah kita expose sebab diam-diam pun sudah untung.

Dalam dunia ini manusia paling terkaya yang menjalankan perniagaan pun masih gunakan produk. Bill gates seorang yang mempunyai harta tahap billion pun masih ada produk. Produk dia sekarang kita gunakan internet ini setiap kali itulah duit akan masuk dalam akaun beliau.

Aku telah sertai dan ikuti perniagaan-perniagaan internet ini. Ada yang betul dan ada yang tidak betul. Namun selalu nya yang jadi pilihan paling ramai adalah perniagaan tidak betul. Kerana plan pemasaran yang di rancang sangat cantik dan teratur sehingga kan tidak nampak sedikit pun kesan- kesan penipuan.

Jika awda ingin benar-benar menyertai sebuah perniagaan dengan modal rendah apa salah ikuti lah koperasi di negara masing-masing. Daripada koperasi inilah awda akan mengenal apa sistem perniagaan sebenar. Pihak koperasi akan menagajar dan membimbing kita sebuah perjalanan syarikat yang di bawah teraju koperasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan