Catatan Popular

Selasa, 8 Disember 2015

Asas Sebuah Perniagaan

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
kali ini aku Otak Keromok akan kongsikan satu asas sebuah perniagaan. Apapun perniagaan yang ingin kita jalankan sebenarnya mempunyai asas yang sama. Sedikit pun tiada beza nya. Kerana asas itu adalah paling mustahak. Bukan saja dalam perniagaan malahan apa pun jua yang ingin kita lakukan dalam kehidupan seharian ini pasti akan kembali kepada asas.

Sebelum kita menjalankan sesebuah perniagaan perkara paling penting untuk di analisa secara teliti tentang pemasaran produk kita, Adakah ianya boleh menembusi pada sasaran? adakah ianya akan boleh di terima oleh orang ramai?

Dalam asas sebuah perniagaan kita sebenarnya perlu membuat analisa terlebih dahulu. Apapun jenis produk yang ingin kita niaga kan ada baik nya jalankan analisa. Analisa ini berbeda-beda mengikut jenis perniagaan yang ingin kita buat. Jika makanan analisa nya memang senang. Suruh siapa sahaja test makanan kita secara percuma. Jika ada feed back makna nya sedap lah makanan kita itu.

Jika bab lain tergantung apa yang akan kita jalan kan. Jika hendak di huraikan satu-satu jenis perniagaan dan apa analisa yang sepatutnya penuhlah ruangan ini nanti. Tapi langkah pertama analisa.

1. Analisa
2. Minta komen
3. Terima kritikan
4. Jangan mudah pecah hati dengan kritikan yang menambah semangat
5. Baca artikel orang-orang yang sudah maju dalam perniagaan awda tersebut

Selepas awda berjaya dengan analisa yang di jalankan barulah mula dengan kos modal untuk bermulanya langkah perniagaan tersebut.

Buat masa ini banyak langkah mudah dengan menjual melalui facebook sahaja buat permulaan kecil-kecilan. Jangan sampai membazir dan merugikan awda sendiri.

Strategi plan pemasaran harus di atur juga. Apapun perniagaan yang di jalan kan plan pemasaran harus di buat. Agar kita mempelajari selok belok sebuah perniagaan. Hubungi pakar-pakar atau orang yang sudah lama bertapak dalam perniagaan minta nasihat daripada mereka. Jangan kita merasa segan untuk mengajukan pertanyaan kepada mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan