Dalam tahun 1999 hingga ke tahun 2001 adalah salah satu musim hangat nya permainan timiya dan juga jenis kereta kawalan jauh bersaiz mini. Nama kereta alat kawalan jauh saiz mini masa itu aku tak berapa ingat tapi kalau timiya aku ingat ini gambar yang aku dapat dari google.
Kereta Jenis Tamiya
Masa tahun itu semua orang mahu kereta dia paling laju. Aku beli juga tapi untuk perhiasan saja. Kalau mahu modified aku bukan pandai dalam hal ubahsuai kereta. Semasa isu hangat itu memang banyak peminat-peminat tamiya beli majalah dan salah satu edisi majalah tersebut ada tersenarai negara brunei. Aku tidak ingat apa nama majalah tersebut mudahan ada pembaca yang masih ingat tentang kisah ini. Dalam majalah tersebut dua lelaki dari brunei di iktiraf oleh majalah jepun yang mana mereka telah mengubahsuai tamiya daripada board sony ericson. hahahahahah cuba lihat brunei ini memang banyak yang berkebolehan sehingga kan majalah jepun keluarkan tentang kehebatan tersebut.
Brunei jika kita lihat rata-rata penduduknya untuk di buat analisa hampir 70% berkebolehan unik. Cuma kadang-kadang kita tidak perasan dengan kebolehan tersebut. Sebab kita juga berada di negara yang sama, jadi apa yang kita lihat seakan-akan perkara rutin. Tetapi cuba kita masuk ke sesuatu kampung yang belum pernah kita kunjungi sudah pasti keunikan dan kebolehan tersebut akan nampak dengan mata.
Setelah beberapa tahun berlalu aku pun mula membuat analisa-analisa bermacam-macam perkara termasuk lah jodoh pasangan suami isteri. Aku lihat majoriti rakyat brunei ini sebenarnya berkebolehan dan banyak yang pintar namun tidak menyerlah. Punca tidak menyerlah aku masih mencari-cari nya mengapa? Tapi apabila saja meletup naik memang the great!
Tapi jika aku dapat analisa dengan jawapan tepat pasti akan aku update lagi mengenai kelebihan dan keistimewaan penduduk brunei ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan