Catatan Popular

Isnin, 7 Disember 2015

Perasaan Yang Tidak Ku Ingini


Jika aku melalui satu lorong kehidupan yang di panggil sunyi dan sepi, Inilah lorong kehidupan yang paling tidak aku ingini. Kerana perasaan ini akan wujud seperti terowong yang kosong lalu di lalui bersendirian, Sewaktu bersendirian inilah kita akan mencari-cari sesiapapun agar dapat membantu dan menolong kita untuk mengharungi kesunyian dan kesepian itu. Kadangkala kesedihan akan muncul tiba-tiba bermain di dalam minda kita. Waktu inilah saat yang paling aku rasa sangat-sangat tidak menyeronokkan dalam sebuah kehidupan. 

Air mata akan mula jatuh bila muncul perasaan seperti ini, lebih teruk lagi strees akan melanda menjadi penemana. Ada orang pula ingin berteriak sepuas-puas hatinya. Benarkah kekosongan ini boleh di ubati? kesunyian dan kesepian ini boleh di isi? perkara ini akan muncul dengan bayangan-bayangan silam kita. Seperti kehilangan insan yag di sayangi atau sesuatu yang boleh membuat kita terbayang-bayang di ruangan minda sehingga menyebabkan muncul nya landasan ruang dan sepi ini. 

Landasan ruang sunyi dan sepi ini juga adalah salah satu pembunuh utama manusia di atas muka bumi. Apabila perasaan sunyi dan sepi muncul ke dalam ruang hati kita akan mula mencari-cari sesuatu, sesuatu yang entah apa kah itu? aku sendiri tidak akan pernah faham tentang perasaan ini. Selalunya aku perhatikan apabila wujud nya perasaan ini orang akan menangis dan meratap. 

Perasaan ini akan muncul pada sesiapa pun jua. Tidak kira peringkat usia. Kalau ia ingin muncul maka muncul lah ia sebagai pendamping sehingga kan ada orang sanggup membunuh diri sendiri kerana tidak dapat mengawal perasaan sunyi dan sepi. Perasaan ini bagi ku masih di anggap satu misteri. Kerana ia bagi satu laluan terowong minda yang mengimbas satu kedukaan atau satu jalan yang harus di telusuri bersendirian. Jika aku sudah di sakiti atas dunia dalan sendirian untuk apa perasaan ini muncul lagi dalam diri ku??? 

bagaimana pula dengan para pembaca??? apa yang sering membuat kan awda sunyi dan sepi?? atau awda sama sekali tidak pernah pun di cengkam perasaan ini???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan