Catatan Popular

Isnin, 7 Disember 2015

Masih Juga Tidak Serik

Wang Negara Brunei Darussalam

Wang adalah satu alat yang di reka bentuk untuk menjadi bahan pertukaran dalam urusan jual beli. Ianya sudah menjadi satu benda penting dalan setiap kehidupan manusia. Jika tiada wang maka sukar untuk kita membuat pembelian di sana-sini. Tapi kerana wang lah juga banyak orang pilih untuk melabur. Ada pelaburan yang benar-benar sakses dan ada pelaburan langsung tidak sakses.

Kali ini aku ingin kongsikan bab pelaburan ini. Sebab untuk aku pelaburan ini sangat penting di bincangkan. Kalau di Brunei Darussalam aku memang sudah masak dengan bab pelaburan yang selalu di heboh-heboh kan. Walaupun pihak AMBD sudah menasihati dengan bermacam-macam cara agar sentiasa berhati-hati dengan skim pelaburan yang mungkin akan membuat kan kerugian pada para pelabur. Namun masih juga ada yang tidak peduli dengan amaran tersebut. Padahal apa yang di pesan kan memang lah untuk kebaikkan. AMBD ingin kita selamat daripada sebarang penipuan.

Aku telah meneliti dan membuat analisa mengapa masih ada juga yang tidak peduli dengan amaran dan nasihat tersebut? sebab mereka ingin mencapai kejayaan. Selagi belum berhasil nya sebuah kejayaan selagi itulah mereka akan terus membuat pelaburan di mana-mana. Namun sayang kenapa pilih pelaburan dari luar negara? kenapa tidak pilih pelaburan dalam negara?

Bukankah pelaburan dalam negara lebih selamat daripada luar negara. Mengapa sanggup menyusah kan diri sendiri dengan menyertai pelaburan luar negara yang kita sendiri tidak dapat mengikuti sebarang perkembangan syarikat tersebut? seperti di Negara Brunei Darussalam ada beberapa syarikat yang membukakan pelaburan bagi yang berminat. 

Pelaburan bermaksud juga adalah pinjaman sementara. Apabila hendak melabur kita perlu tahu apa kah pelaburan? dan risiko dalam pelaburan? berapa modal perlu di keluarkan? pelaburana yang macam-mana di jamin selamat?

jika ingin mengetahui lebih lanjut ikuti saja blog Otak Keromok ini jawapan mengenai pelaburan akan di terangkan satu persatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan